Batuk ni tak juga hilang, dah berminggu. Ubat dah tak larat nak makan. Cataract surgery terpaksa ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang saya bebas dari batuk. Teringat pada masa megajar di Unimas, pernah diserang batuk hingga 4 bulan. Akhirnya, Mages, seorang kawan lama yang baru pulang bercuti dari England membawa saya bertemu dengan kawannya seorang pakar di Arunamari Hospital di Pelabuhan Kelang. Thorough juga pemeriksaan itu. Conclusion pakar tersebut ialah saya menghidap reflux. Ala mak, dah senior ni ada saja organ tubuh yang sudah overused. Katanya gas dari usus besar yang proses makanan tidak dapat disekat oleh penutupnya sebab dah rosak. Rosak lagi! Itu sebabnya gas leaking masuk ke kerongkong yang mengakibatkan batuk berpanjangan. Ubatnya mahal pula.
Hai susahnya nak baikkan macam-macam penyakit. Doktor yang saya jumpa, baik private atau kerajaan, tak ada yang diagnosed reflux. Doktor India di klinik PD beri inhalers untuk asthma. Akibatnya lagi teruk batuk ini dan saya kembalikan inhalers itu ke klinik. Mengapa doktor tidak mengesyaki reflux? Isnin ini saya akan ke klinik lagi di PD dan beritahu doktor kemungkinan reflux yang menyebabkan batuk saya tidak pulih.
Selagi batuk ini tidak hilang surgery cataract tidak boleh dilakukan. Saya ingin sangat hendak membuang cataract ini supaya penglihatan saya jelas. Saya berdoa surgery cataract tidak menjejaskan glaucoma saya kerana surgery glaucoma akan dijalankan kemudian apabila cataract kedua-dua mata saya berjaya dibuang.
Jadi, hari Isnin ini saya balik ke PD untuk berehat. Kesian Rania. Rindulah neneknya dan terdengar suara Rania di telinga nenek. Terpaksalah Ika ursukan sendirian kerja rumah. Harap Ika tidak lupa menjirus air pada pokok-pokok bunga yang beratus di rumah PJ. Duduk di PJ, saya leka denagn garden dan dengan Rania. Tiada masa untuk berasa sunyi. Di PD pula, saya akan betul-betul rehat, tidak buat apa-apa melainkan tengok TV, computer dan jaga pasu bunga yang tak seberapa di sana. Kadang-kadang saya tidak keluar rumah pun. Bila tak tahan rindukan Rania, baliklah neneknya ke PJ.
Ya Allah, selamatkan penglihatanku semasa surgery cataract nanti.
3 comments:
I'll always pray the best for you.Ameen
Maybe this is a good thing, too. For you to betul2 rehat, mama.
Kami doakan segalanya akan baik2 sahaja untuk mama.
Hugs & kisses,
Arfah, Muqri & Lana Arissa
Najidah. Arfah, Muqri and Lana,
TQ. Memang rehat kat sini denagn Mok. Bawak Mok jumpa vet untuk dialysis dia. Kesian Mok, dia miserable duk kat sini sebab terkongkong. Dia tak mahu jalan keluar pun walaupun pintu dibuka.Tapi batuk ni tak jugak reda.
Post a Comment