 |
| Second day Aidilfitri 200812. Rania and Gabe |
 |
| 171012 |
Masa berlalu begitu cepat. Dalam pejam celik, I am a grandmother of two already. Macam tak percaya boleh jadi nenek. But I am proud of being one and having gorgeous grandchildren like Rania and Gabe. Rasanya baru semalam Rania lahir, putih melepak anak mat saleh ini. Ika frust sebab Rania tidak seiras dia. Selepas bersalin Ika jadi depressed sebab berasa sukar menjaga baby, hasil dari ingin menjadi seorang ibu yang sempurna. Mana ada ibu sempurna? Bila diingat balik kesian juga pada Ika, pengalaman pertama menjadi ibu. Pesrsonalitinya yang emosional menyukarkan lagi keadaan tapi syukur alhamdulillah, dia berjaya mengatasi tekanan emosinya dan Rania membesar tanpa banyak masalah. Sikit-sikit adalah dan itu memang biasa seperti eczema, constipated, fussy menyusu dan sukar menidurkannya.
 |
| Rania Roseworn 140712 |
 |
| 210712 |
 |
| 301012 |
Tetapi sekarang Rania is a darling, berumur dua tahun setengah, cantik dan petah bercakap - macam mak nenek!! Rania Jantung Pisang neneknya yang pertama dan menjadi penghibur hati dengan tingkah lakunya. Cair hati bila Rania kata " I love you Nenek".
Seolah-olah dalam mimpi rasanya bila Izrin dikurniakan anak lelaki, Gabe. To me Izrin is just a little boy, my youngest child tapi sekarang sudah berumur tiga puluhan dan seorang bapa. Macam tidak percaya yang Izrin telah dewasa kerana teringatkan ragamnya yang hebat sewaktu remaja. Begitu lancar masa berlalu, tidak sedar yang ketiga-tiga anak telah dewasa dan mempunyai tanggungjawab sendiri.
 |
| Muhammad Shah Gabriel Izrin Zamir 111112 |
 |
| 111112 |
 |
| 200812 |
Gabe adalah Jantung Pisang kedua. Alahai, cantiknya dimple Gabe. Cabaran Gabe sebagai baby tidak begitu banyak diketahui kerana Haidi duduk bersama ibunya di Subang Bistari semasa dalam pantang. Sekarang Gabe sudah hampir 8 bulan dan menjadi penghibur hati yang kedua. Bila lama tidak melihat Gabe, terasa rindu hati ini. Mujurlah Izrin dan Haidi rajin juga membawa Gabe berjumpa Rania dan neneknya. Gabe seorang bayi yang montok dan sihat. Tubuhnya tegap dan dimple di pipi kirinya dalam dan cantik. Handsome Gabe nanti apabila dia besar. Syukur alhamdulillah, ada anak lelaki seorang dan cucu lelaki seorang (mungkin ada lagi, insyallah!) tempat mengadu hal.
Tidak pernah terduga di hati tetekala muda akan menjadi seorang nenek. Memang lain rasanya seperti yang kerap diceritakan oleh kawan-kawan yang lebih dahulu menimang cucu. Cucu lebih precious dan mempuyai daya yang kuat menyimpul hati neneknya. Di mata seorang nenek, cucunyalah yang paling cantik dan istimewa. Kadang-kadang bila duduk bersendirin, boleh tersenyum sendiri apabila teringatkan tingkah laku cucu, rasa sungguh hebat menjadi nenek.
Allah sahaja yang mengetahui bagaimana syukurnya hati ini kerana di beri masa dan peluang menikmati hidup sebagai seorang nenek. Walaupun umur meningkat tetapi kesihatan masih baik (sakit sikit-sikit itu memang lumrah), penglihatan masih baik walaupun menghidap glaucoma, tenaga masih kuat walaupun tidak secergas dahulu dan rezeki dimurahkannya walaupun tidak semewahnya. Hanya doa sahaja yang dapat dipohon supaya tetakala tubuh badan tidak mengizinkan keupayaan berdikari, anak-anak dan cucu-cucu memberi kasih sayang dan perhatian yang lembut. Walau bagaimanapun harapan dihati memohon supaya hayat tidak dipanjangkan sehingga menjadi tidak berupaya dan menjadi bergantung. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
Rania and Gabe, my adorable 'Jantung Pisangs'. Nenek loves you to bits.
2 comments:
Aminnnn, Kak Zu moga sentiasa sihat & dpt melihat Rania & Gabe membesar. Yup, cucu adalah segala-galanya bagi Datuk & Nenek...take care & love always...
-sal-
Sal,
TQ. Inilah kegembiraan Kak Zu sekarang di samping traveling. Mudah-mudahan doa Sal diberkati Allah. Lama lagi Sal nak sampai ke tahap Kak Zu. Harap semuanya bahagia.
Post a Comment